Cari Blog Ini

28 September 2011

MAJLIS RAMAH TAMAH ANJURAN JK SURAU & JKKK KPG. RIAM JAYA

28 September 2011 Majlis Ramah Tamah Kpg. Riam Jaya bertempat di perkarangan surau. Tetamu kehormat yang hadir adalah YB Datuk Lee Kim Sin, YB Hj. Ahmad Lai Bin Bujang dan YB Rosie.


Encik Mohd. Tinggal Abd. Hamid Pengerusi Pengelola Ramah Tamah Aidil Fitri 2011


Jamuan makan bersama YB Hj. Ahmad Lai



Acara simbolik membuka lemang


membuka lemang beramai-ramai

MAJLIS SEMBANG-SEMBANG BELIA ANJURAN PBB RANTING RIAM BATU 2 1/2

8 April 2011 Majlis Sembang-Sembang Belia anjuran PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 sempena persediaan Pilihan Raya DUN Sarawak 2011. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Kpg. Lopeng Tengah, Riam. Tetamu VIP yang hadir adalah YB Datuk Lee Kim Sin dan juga Ketua PBB Cawangan N65 Senadin Cr. Julaihi.


YB Datuk Lee Kim Sin calon DUN N65 Senadin



Ketua Kaum Kpg. Lopeng Tengah & Ketua Kaum Kpg. Katong


YB Datuk menyampaikan hadiah pertandingan fesyen kanak-kanak



Antara orang kampung yang hadir



Encik Ramli Ketua PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 bersama tetamu kehormat

HARI PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA DUN SARAWAK 2011


6 April 2011 Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Dun Sarawak 2011 bagi N65 Senadin di Stadium Tertutup.



Ahli-ahli PBB Cawangan N65 Senadin beramai-ramai turut serta mengiringi calon SUPP YB Lee Kim Sin sebagai sokongan setiakawan Barisan Nasional.



Wanita PBB dari Ranting Riam Batu 2 1/2 turut sama memberi sokongan.

01 Jun 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2010

Ahli Jawatankuasa Induk
PBB Ranting Riam Batu 2 1/2
Serta
Pergerakan Pemuda dan Wanita
PBB Ranting Riam Batu 2 1/2

Mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Gawai 2010
kepada semua ahli PBB dan juga semua masyarakat Dayak diseluruh Sarawak
"GAYUH GURU GERAI NYAMAI"

16 Mac 2010

MAJLIS MAKAN MALAM & KESYUKURAN BERSAMA PERGERAKAN PEMUDA PBB ZON 8

11 Mac 2010 Khamis. Pergerakan Pemuda PBB Zon 8 telah mengadakan Majlis Makan Malam & Kesyukuran bertempat di Dynasty Hotel Miri. Majlis dihadiri tetamu VIP jemputan Encik Ripin Lamaat Setiausaha Politik Ketua Menteri. Majlis ini disertai juga oleh Jawatankuasa Pergerakan Pemuda dari Zon 8 iaitu Cawangan N61 Bekenu, Cawangan N62 Lambir, Cawangan N63 Piasau, Cawangan N64 Pujut, Cawangan N65 Senadin, Cawangan N66 Marudi dan Cawangan N67 Telang Usan.

Antara tetamu VIP yang hadir

Mantan Ketua Pemuda & Setiausaha Cawangan N65 Senadin




Pendaftaran Kehadiran Majlis Makan Malam & Kesyukuran Bersama Pergerakan Pemuda Zon 8


Ucapan Penghargaan dari Encik Ripin selaku tetamu VIP jemputan



Ucapan Aluan oleh Encik Mohd. Tinggal Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan N65 Senadin merangkap Exco MKT Pergerakan Pemuda Negeri Sarawak.

09 Mac 2010

PUSAT KONVENSYEN BORNEO KUCHING / BORNEO CONVENTION CENTRE KUCHING (BCCK)

Borneo Convention Centre Kuching boleh memuatkan seramai 6,000 orang peserta. Dengan jumlah ini BCCK adalah merupakan dewan yang paling besar di kawasan Asia Tenggara dan telah digunakan untuk beberapa aktiviti bertaraf antarabangsa sebelum konvention PBB yang ke 12 ini. Dewan ini telah dilengkapkan dengan berbagai prasarana yang moden dan kelihatan cantik dan unik.



PAPARAN & GAMBAR-GAMBAR SEMASA MAJLIS KONVENSYEN PBB KE 12 DI BORNEO CONVENTION CENTRE KUCHING 28 FEB HINGGA 5 MAC 2010

28 Februari 2010 Ahad Tiga Ahli Jawatankuasa Induk PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 telah berangkat ke Kuching untuk menghadiri Konvensyen PBB Ke 12 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching. Mereka adalah terdiri daripada En. Ramli Bin Sapong (Ketua Ranting), En. Mohd. Ikram Bin Abdullah (Bendahari) dan En. Sabari Kawi (Ahli Jawatankuasa).



En. Ramli, En. Mohd. Ikram & En. Sabari dari Ranting Riam Batu 2 1/2 ketika berada di Rajah Court Hotel, Kuching.



Encik Ramli bersama En. Jamil Penolong Setiausaha PBB Cawangan N65 Senadin bergambar di Borneo Convention Centre Kuching



Bersama YB Datuk Amar Abang Hj. Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj. Openg



Ketua Ranting PBB Riam Batu 2 1/2 bersama YB Datuk Amar Abg. Hj. Abd. Rahman Zohari
(N8 Satok)


Bersama YB Datuk Hj. Talib Bin Zulpilip Ketua Cawangan PBB N58 Jepak

20 Februari 2010

GONG XI FA CHAI - KUNJUNGAN PBB CAWANGAN N65 & RANTING RIAM BATU 2 1/2 KE RUMAH YB DATUK LEE KIM SIN

16 Februari 2010 Selasa. Rombongan dari PBB Cawangan N65 Senadin & juga PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 telah mengunjungi rumah YB Datuk Lee Kim Sin wakil rakyat N65 Senadin sempena sambutan Tahun Baru Cina. Rombongan telah diketuai oleh Konselor Hj. Julaihi Hj. Mohammad.



YB Datuk Lee bergambar kenangan dengan ahli-ahli PBB N65 Senadin



Kemesraan terjalin dengan perasaan muhibah tanda kesatuan 1 Malaysia



Ketua Wanita PBB Cawangan N65 Senadin/Ranting Riam Batu 2 1/2 bersama rakan seperjuangan.




Antara ahli-ahli Jawatankuasa Kaum Bapa/Wanita/Pemuda duduk bersama Ketua Cawangan Konselor Hj. Julaihi Hj. Mohammad



Antara Ahli Jawatankuasa PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 bersama Ketua Ranting Encik Ramli

KETUA PEMUDA PBB RANTING RIAM BATU 2 1/2 CALON MKT


Encik Mohamad Tinggal Abdul Hamid Ketua Pemuda PBB Cawangan N65 Senadin merangkap Ketua Ranting Riam Batu 2 1/2 adalah seorang yang bertanggungjawab, berdedikasi serta mempunyai semanggat yang kuat, berjiwa kepimpinan yang mana mempunyai misi yang tinggi dalam mermatabatkan perjuangan parti baik kepada Pergerakan Pemuda mahupun kepada Parti PBB itu sendiri. PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 serta Pergerakan Pemuda & Wanita PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 sebulat suara & menyokong sepenuhnya pencalonan beliau dalam MKT Pemuda. Kita di Ranting memerlukan orang seperti beliau untuk menjadi wakil kita di Kawasan Utara. Kepada semua ahli Pemuda Sarawak, sokong dan undilah beliau sebagai salah seorang ahli dalam MKT.

16 Februari 2010

GAMBAR MESYUARAT PBB RANTING RIAM BIL: 1/2010

Mesyuarat bersama Ranting Riam Batu 2 1/2 Kaum Bapa/Wanita/Pemuda telah diadakan pada 17 Januari 2010. Pengabungan antara ahli jawatankuasa Kaum Bapa, Wanita dan Pemuda boleh mencetuskan idea-idea yang baik disamping dapat merapatkan lagi silaturahim antara semua ahli di Ranting Riam khasnya.

Antara Ahli Jawatankuasa Wanita PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 yang turut hadir.


Ahli Jawatankuasa Kaum Bapa Ranting Riam Batu 2 1/2




Ahli Jawatankuasa Kaum Bapa & Jawatankuasa Pemuda Ranting Riam bergambar bersama.

14 Januari 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PBB RANTING RIAM BT. 2 1/2

Notis Mesyuarat:

Mesyuarat Jawatankuasa Bil: 1/2010 Ranting Riam Batu 2 1/2 akan diadakan pada tarikh, masa & tempat seperti berikut:

Tarikh : 17 Januari 2010 (Ahad)
Jam : 8.30 malam
Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Lopeng Tengah

Notis mesyuarat bertarikh 10 Januari 2010 yang diedarkan kepada Ahli Jawatankuasa adalah berkaitan.

11 Oktober 2009

MAJLIS GOTONG ROYONG MEMBERSIH KAWASAN PERKUBURAN JAGUS RIAM BATU 2

Ahad. 16 Ogos 2009-Majlis Gotong-Royong Membersih Tanah Perkuburan Jagus Riam Batu 2.



Jawatankuasa PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 bersama Jawatankuasa Surau Darul At Taqwa dan juga orang-orang kampung bergambar bersama untuk kenangan.


Bendahari PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 Encik Mohd. Ikram sedang meluaskan kawasan di sekitar Tanah Perkuburan Jagus Riam Batu 2.



Pengerusi Surau Darul At Taqwa Tuan Hj. Rangkut Bin Hj. Abdul Hadi tidak mahu ketinggalan untuk turut serta dalam gotong-royong tersebut




Ketua Kaum Encik Madeli Lot bergambar kenangan bersama Bendahari PBB Ranting Riam Btu 2 1/2 Encik Mohd. Ikram Bin Abdullah.




Kawasan pintu masuk ke Tanah Perkuburan Jagus Riam Batu 2


Majlis gotong-royong ini telah diadakan pada 16 Ogos 2009 (Ahad) bersamaan 25 Syaaban 1430H bertempat di kawasan Tanah Perkuburan Jagus Riam Batu 2. Majlis ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 , Jawatankuasa Pemuda dan Wanita PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 serta Jawatankuasa Surau Darul At Taqwa, Kampung Lopeng Tengah. PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 diketuai oleh Encik Ramli Sapong (Ketua Ranting) dan bagi Surau Darul At Taqwa diketuai oleh Tuan Haji Rangkut Bin Hj. Abdul Hadi. Kerjasama antara Jawatankuasa PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 dan Jawatankuasa Surau Darul At Taqwa dalam usaha ini mendapat sambutan yang baik dari kedua-dua ahli dan juga masyarakat kampung. Tujuan gotong-royong ini diadakan adalah bagi memupukkan perasaan muhibah dan kesepakatan dikalangan masyarakat kampung serta untuk membersihkan kawasan perkuburan tersebut sebelum menjelangnya bulan Ramadan.

04 Oktober 2009

GAMBAR2 MAJLIS RAMAH TAMAH AIDIL FITRI PBB RANTING RIAM BATU 2 1/2 (27 SEPT.2009)


Persembahan Koir Lagu Raya oleh Ahli Jawatankuasa Wanita PBB Ranting Riam Batu 2 1/2.


Penyampaian Sijil Penghargaan kepada bekas Ahli Jawatankuasa PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 (Tempuh 2005 hingga 2009) oleh Kr. Julaihi Hj. Mohamad Ketua PBB N65 Senadin dan disaksikan oleh Ketua PBB Ranting Riam batu 2 1/2 Encik Ramli Bin Sapong.


Ketua Pemuda Encik Mohamad Tinggal Abdul Hamid Ketua Pemuda Ranting Riam Batu 2 1/2 merangkap Ketua Pemuda N65 Senadin yang turut hadir ke majlis tersebut.



Pengerusi Surau Darul At Taqwa Kpg. Lopeng Tengah Tuan Hj. Rangkut Bin Hj. Abdul Hadi bersama jemputan lain.




Ketua Wanita PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 merangkap Ketua Wanita Cawangan N65 Senadin Cik Nila Simat bersama Ahli Jawatankuasa yang lain. Pemuda & Wanita PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 banyak membantu dalam menjayakan aktiviti-aktiviti PBB di Ranting Riam Batu 2 1/2.




02 Oktober 2009

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDIL FITRI PBB RANTING RIAM BATU 2 1/2 (2009)



AHAD* 27 Sept. 2009 Jawatankuasa PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 dengan kerjasama Jawatankuasa Pemuda dan Wanita PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 telah mengadakan Majlis Ramahtamah Hari Raya Aidil Fitri bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Lopeng Tengah, Riam. Encik Ramli Sapong selaku Ketua PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 menyatakan bahawa majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi talisilaturahim antara ahli-ahli dengan masyarakat setempat disamping memberi perluang kepada mereka yang tidak berkesempatan mengunjungi rumah rakan-rakan untuk bertemu dan bermaaf-maafan. Encik Ramli juga menyarankan agar ahli-ahli Ranting akan dapat bekerjasama dengan mana-manaNGO yang bergiat dalam kampung bagi mempastikan tidak ada ruang untuk keciciran dari arus pembangunan yang sedia ada. Disamping itu perbalahan pasti akan mengundang permasalahan kepada masyarakat dan penduduk yang akan menguntungkan pihak lain yang sentiasa mencari jalan untuk memecahbelahkan kita.


Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat Kr. Julaihi Hj. Mohamad Ketua PBB Cawangan N65 Senadin. Turut hadir pada majlis ini adalah Kr. Mohd. Chee Kadir (Timbalan Datuk Bandaraya Miri merangkap Setiausaha PBB Cawangan N65 Senadin, Encik Mohamad Tinggal Abdul Hamid (Ketua Pemuda Ranting Riam Batu 2 1/2 merangkap Ketua Pemuda PBB Cawangan N65 Senadin), Cik Nila Simat (Ketua Wanita Ranting Riam Batu 2 1/2 merangkap Ketua Wanita Cawangan N65 Senadin), Ketua Kaum Kampung Lopeng Tengah Encik Madeli Lot, Tuan Hj. Rangkut Hj. Abdul Hadi (Pengerusi Surau Darul At Taqwa Kpg. Lopeng Tengah) dan Awang Jamaluddin Bin Awg. Adom (Pengerusi Jiran Kpg. Lopeng Tengah).


Kr. Julaihi turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada bekas ahli jawatankuasa lama yang telah memberi perkhidmatan semenjak tahun 2005 hingga tahun 2009. Beliau berharap mereka akan dapat meneruskan perjuangan dan sokongan serta memberi perkhidmatan walaupun tidak lagi berada dalam barisan jawatankuasa yang baru ini.