Cari Blog Ini

02 Oktober 2009

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDIL FITRI PBB RANTING RIAM BATU 2 1/2 (2009)



AHAD* 27 Sept. 2009 Jawatankuasa PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 dengan kerjasama Jawatankuasa Pemuda dan Wanita PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 telah mengadakan Majlis Ramahtamah Hari Raya Aidil Fitri bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Lopeng Tengah, Riam. Encik Ramli Sapong selaku Ketua PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 menyatakan bahawa majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi talisilaturahim antara ahli-ahli dengan masyarakat setempat disamping memberi perluang kepada mereka yang tidak berkesempatan mengunjungi rumah rakan-rakan untuk bertemu dan bermaaf-maafan. Encik Ramli juga menyarankan agar ahli-ahli Ranting akan dapat bekerjasama dengan mana-manaNGO yang bergiat dalam kampung bagi mempastikan tidak ada ruang untuk keciciran dari arus pembangunan yang sedia ada. Disamping itu perbalahan pasti akan mengundang permasalahan kepada masyarakat dan penduduk yang akan menguntungkan pihak lain yang sentiasa mencari jalan untuk memecahbelahkan kita.


Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat Kr. Julaihi Hj. Mohamad Ketua PBB Cawangan N65 Senadin. Turut hadir pada majlis ini adalah Kr. Mohd. Chee Kadir (Timbalan Datuk Bandaraya Miri merangkap Setiausaha PBB Cawangan N65 Senadin, Encik Mohamad Tinggal Abdul Hamid (Ketua Pemuda Ranting Riam Batu 2 1/2 merangkap Ketua Pemuda PBB Cawangan N65 Senadin), Cik Nila Simat (Ketua Wanita Ranting Riam Batu 2 1/2 merangkap Ketua Wanita Cawangan N65 Senadin), Ketua Kaum Kampung Lopeng Tengah Encik Madeli Lot, Tuan Hj. Rangkut Hj. Abdul Hadi (Pengerusi Surau Darul At Taqwa Kpg. Lopeng Tengah) dan Awang Jamaluddin Bin Awg. Adom (Pengerusi Jiran Kpg. Lopeng Tengah).


Kr. Julaihi turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada bekas ahli jawatankuasa lama yang telah memberi perkhidmatan semenjak tahun 2005 hingga tahun 2009. Beliau berharap mereka akan dapat meneruskan perjuangan dan sokongan serta memberi perkhidmatan walaupun tidak lagi berada dalam barisan jawatankuasa yang baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan