Cari Blog Ini

11 Oktober 2009

MAJLIS GOTONG ROYONG MEMBERSIH KAWASAN PERKUBURAN JAGUS RIAM BATU 2

Ahad. 16 Ogos 2009-Majlis Gotong-Royong Membersih Tanah Perkuburan Jagus Riam Batu 2.



Jawatankuasa PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 bersama Jawatankuasa Surau Darul At Taqwa dan juga orang-orang kampung bergambar bersama untuk kenangan.


Bendahari PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 Encik Mohd. Ikram sedang meluaskan kawasan di sekitar Tanah Perkuburan Jagus Riam Batu 2.



Pengerusi Surau Darul At Taqwa Tuan Hj. Rangkut Bin Hj. Abdul Hadi tidak mahu ketinggalan untuk turut serta dalam gotong-royong tersebut




Ketua Kaum Encik Madeli Lot bergambar kenangan bersama Bendahari PBB Ranting Riam Btu 2 1/2 Encik Mohd. Ikram Bin Abdullah.




Kawasan pintu masuk ke Tanah Perkuburan Jagus Riam Batu 2


Majlis gotong-royong ini telah diadakan pada 16 Ogos 2009 (Ahad) bersamaan 25 Syaaban 1430H bertempat di kawasan Tanah Perkuburan Jagus Riam Batu 2. Majlis ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 , Jawatankuasa Pemuda dan Wanita PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 serta Jawatankuasa Surau Darul At Taqwa, Kampung Lopeng Tengah. PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 diketuai oleh Encik Ramli Sapong (Ketua Ranting) dan bagi Surau Darul At Taqwa diketuai oleh Tuan Haji Rangkut Bin Hj. Abdul Hadi. Kerjasama antara Jawatankuasa PBB Ranting Riam Batu 2 1/2 dan Jawatankuasa Surau Darul At Taqwa dalam usaha ini mendapat sambutan yang baik dari kedua-dua ahli dan juga masyarakat kampung. Tujuan gotong-royong ini diadakan adalah bagi memupukkan perasaan muhibah dan kesepakatan dikalangan masyarakat kampung serta untuk membersihkan kawasan perkuburan tersebut sebelum menjelangnya bulan Ramadan.